Wednesday, 8 October 2014

AHLI KUMPULAN



NUR FARAH AMIRA BINTI ASRIN                          
NORNABILAH AFIQAH BINTI MOHD JOHARI   
SITI HAJAR BINTI AHMAD                                   
ANIS SHAKINA BINTI MOHAMAD                       
NUR ALEEZA BINTI AZMAN                                   



OBJEKTIF KAJIAN

  • Mempelajar Dasar-Dasar Utama Malaysia
  • Mengetahui kepentingan Dasar-Dasar Utama Malaysia kepada rakyat
  • Menjelaskan peranan belia dalam pembangunan negara
  • Mengalisis nilia intigriti dalam diri remaja

RINGKASAN


Dasar-dasar Pembangunan Negara bermatlamat ingin menjadikan Malaysia sebuah negara makmur dan bersatu-padu berasaskan sistem demokrasi di dalam suasana pembangunan yang aman dan stabil.Hal ini juga menunjukkan ketrampilan majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.Selain itu, sektor ekonomi Malaysia perlu membangun bagi meningkatkan perpaduan dan keharmonian negara.
Proses pembangunan negara telah mengalami beberapa perubahan daripada pembangunan pertanian pada mulanya diikuti dengan pembangunan perindustrian dan sekarang dengan teknologi maklumat.Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah satu bidang yang penting yang harus dikuasai dan diharungi agar kita tidak ketinggalan terutama dalam mencapai Wawasan 2020.
Cabaran Wawasan 2020 bermatlamat bagi mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan jauh,yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.Oleh itu Malaysia penting untuk pembangunan negara supaya dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain.

PENGAJARAN



Sudah terang lagi bersuluh bahawa remaja merupakan tunggak negara. Remaja merupakan pemimpin negara yang mana mereka ini bakal mentadbir negara pada masa akan datang. Hal ini jelas bahawa peranan remaja pada masa kini sangat penting dalam negara. Remaja memainkan peranan di mana mereka mestilah mempunyai akhlak yang baik dan berbudi pekerti. Pada umumnya, remaja memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan ekonomi negara. Peranan remaja ini memberikan impak yang besar dalam pembangunan negara. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa remaja kini majoritinya sudah terpesong dengan gejala-gejala negatif yang membawa kepada kemerosotan akhlak. Hali ni akan mempengaruhi akhlak remaja pada masa akan datang yang mana akan menyebabkan lahirnya remaja yang tidak berpotensi dalam pembangunan ekonomi negara.
Oleh yang demikian, sebagai remaja kita mestilah memikirkan apa yang bakal terjadi sekiranya habit-habit sebegitu rupa diteruskan. Apakah yang bakal terjadi kepada ekonomi pembangunan negara? Selain itu, gologan remaja ini juga mestilah sentiasa berfikiran terbuka dalam menangani apa-apa yang berkaitan dengan pembangunan negara. Perkara sedemikian dapat melahirkan remaja yang berpandangan jauh.
Seterusnya, remaja mengamalkan 5 prinsip Rukun Negara dalam kehidupan. Hal ini kerana, perkara yang tekandung di dalamnya jelas dan patut kita contohi supaya hidup kita sentiasa dalam keadaan yang baik dan tidak terjerumus kepada anasir yang tidak baik. Oleh itu, jelaslah bahawa Prinsip Rukun Negara ini sewajarnya dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia tidak kira tua mahupun muda, terutama sekali kepada golongan remaja yang mana mereka bakal mentadbir negara pada masa hadapan.Oleh itu, sebagai remakja kita mestilah memikirkan apa yang terbaik untuk diri, keluarga, masyarakat dan terutama sekali negara. Remaja seharusnya muhasabah diri dalam setiap perkara agar mereka tahu perkara mana yang harus ditinggalkan dan yang mana harus dimantapkan. Dengan itu, dapatlah kita lihat generasi ini berperanan dalam pembangunan ekonomi negara dengan sebaiknya.

DASAR- DASAR UTAMA NEGARA


Dasar-dasar ekonomi secara dapat dikatakan umpama peraturan atau panduan dan cara mencapai sesuatu matlamat ekonomi negara. Ekonomi negara juga merujuk kepada usaha untuk membangunkan atau mengubah masyarakat negara daripada keadaan mundur kepada maju dalam pelbagai aspek kehidupan.

DASAR EKONOMI BARU



Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan pada tahun 1970, terutama sebagai reaksi kepada peristiwa 13 Mei 1969. Dasar ini dilaksanakan antara tempoh 1971 hingga 1990 sebagai satu rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara dalam masyarakat berbilang kaum. DEB ditubuhkan untuk mengatasi pelabagai masalah
Antara masalah tersebut ialah :
  • Jurang sosioekonomi antara Bumiputeta dengan bukan Bumiputera
  • Jurang sosioekonomi antara desa dengan bandar.
  • Jurang sosioekonomi antara negeri di panati barat dengan pantai timur
  • Jurang sosioekonomi antara negeri di Semenanjung Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak.
Tindakan dan pelaksanaan perlu dilakukan dengan segera untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Antaranya :
  • Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
  • Menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
  • Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan masayarakat .
  • Mengadakan suasana pekerjaan yang mengabungkan pelbagai kaum.
  • Memperbaik taraf dan kualiti hidup rakyat dalam pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan, infrastruktur dan lain-lain.
DEB berjaya mengubah hampir keseluruhan sistem sosial masyarakat majmuk di Malaysia. DEB berjaya menjalankan strategi dalam menghadapi rialiti ‘perbezaan etnik’ dan dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan. Tidak dinafikan hasilnya adalah positif dan dasar ini berjaya mencapai perpaduan nasional melalui falsafahnya, iaitu ‘Pembangunan Dengan Pengagihan Saksama’.