Sudah terang lagi bersuluh bahawa remaja merupakan tunggak negara.
Remaja merupakan pemimpin negara yang mana mereka ini bakal mentadbir negara
pada masa akan datang. Hal ini jelas bahawa peranan remaja pada masa kini
sangat penting dalam negara. Remaja memainkan peranan di mana mereka mestilah
mempunyai akhlak yang baik dan berbudi pekerti. Pada umumnya, remaja memainkan
peranan yang sangat penting dalam pembangunan ekonomi negara. Peranan remaja
ini memberikan impak yang besar dalam pembangunan negara. Tidak dapat dinafikan
lagi bahawa remaja kini majoritinya sudah terpesong dengan gejala-gejala
negatif yang membawa kepada kemerosotan akhlak. Hali ni akan mempengaruhi
akhlak remaja pada masa akan datang yang mana akan menyebabkan lahirnya remaja
yang tidak berpotensi dalam pembangunan ekonomi negara.
Oleh yang demikian, sebagai remaja kita mestilah memikirkan apa yang
bakal terjadi sekiranya habit-habit sebegitu rupa diteruskan. Apakah yang bakal
terjadi kepada ekonomi pembangunan negara? Selain itu, gologan remaja ini juga
mestilah sentiasa berfikiran terbuka dalam menangani apa-apa yang berkaitan
dengan pembangunan negara. Perkara sedemikian dapat melahirkan remaja yang
berpandangan jauh.
Seterusnya, remaja mengamalkan 5 prinsip Rukun Negara dalam kehidupan. Hal
ini kerana, perkara yang tekandung di dalamnya jelas dan patut kita contohi
supaya hidup kita sentiasa dalam keadaan yang baik dan tidak terjerumus kepada
anasir yang tidak baik. Oleh itu, jelaslah bahawa Prinsip Rukun Negara ini
sewajarnya dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia tidak kira tua mahupun muda,
terutama sekali kepada golongan remaja yang mana mereka bakal mentadbir negara
pada masa hadapan.Oleh itu, sebagai remakja kita mestilah memikirkan apa yang
terbaik untuk diri, keluarga, masyarakat dan terutama sekali negara. Remaja
seharusnya muhasabah diri dalam setiap perkara agar mereka tahu perkara mana
yang harus ditinggalkan dan yang mana harus dimantapkan. Dengan itu, dapatlah
kita lihat generasi ini berperanan dalam pembangunan ekonomi negara dengan
sebaiknya.
No comments:
Post a Comment