Dasar-dasar Pembangunan Negara bermatlamat ingin menjadikan Malaysia sebuah negara makmur dan bersatu-padu berasaskan sistem demokrasi di dalam suasana pembangunan yang aman dan stabil.Hal ini juga menunjukkan ketrampilan majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.Selain itu, sektor ekonomi Malaysia perlu membangun bagi meningkatkan perpaduan dan keharmonian negara.
Proses
pembangunan negara telah mengalami beberapa perubahan daripada pembangunan
pertanian pada mulanya diikuti dengan pembangunan perindustrian dan sekarang
dengan teknologi maklumat.Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah satu
bidang yang penting yang harus dikuasai dan diharungi agar kita tidak
ketinggalan terutama dalam mencapai Wawasan 2020.
Cabaran
Wawasan 2020 bermatlamat bagi mewujudkan masyarakat saintifik dan
progresif,masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan jauh,yang
bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun
saintifik dan teknologi masa depan.Oleh itu Malaysia penting untuk pembangunan
negara supaya dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain.
No comments:
Post a Comment