Wednesday, 8 October 2014

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL




Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat DPN kerana masyarakat yang bersatu padu sangat penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial, politik dan mengekalkan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah yang membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu keadilan sosial, nilai,etika dan moral,kestabilan kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan ekonomi. 

STRATEGI PELAKSANAAN DAN PENEKANAN ASPEK DPN
1.       Mewujudkan keistimewaan yang optimum antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengangihan yang saksama.
2.       Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor umtama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan.
3.       Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsiaan secara lebih adil dan saksama faedah yang diperoleh daripada pertumbuhan secara lebih adil untuk semua rakyat Malaysia.
4.       Membangunkan sebuah masyarakat progeresif yang semua rakyatnya menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi, di samping mempnyai nilai-nilai social dan kerohanian yang positif menghayati peraaan banga dan cinta akan negara.
DPN dapat membasmi kemiskinan di Malaysia. Kadar kemiskinan negara akan dapat dikurangkan kepada paras 7.2% dalam tahun 2000 berbanding dengan 19.1% dalam tahun 1990 malah kadar pengganguran juga dapat dikurangkan.
Seterusnya, penyusunan semula masyarakat ialah penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan penyusunan semula hak milik terus menjadi program penting di bawah strategi ini. Langkah ini di harap dapat meninkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat bumiputera ke tahap yang berdaya maju dan teguh. DPN meneruskan usaha-usaha DEB dalam mengurankan ketidaksamaan ekonomi bukan sahaja dalam kalangan kaum etnik, tetapi antara golongan kaya dan miskin di antara wilayah. Ketidaksamaan ekonomi ini dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan penggaihan yang saksama untuk mencapai kedilan sosial dan memperkukuh perpaduan Negara.

No comments:

Post a Comment