Dari sudut
sosiologi, alam remaja merupakan masa peralihan dari zaman kanak-kanak ke zaman
dewasa. Tahap perkembangan remaja dapat dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu
peringkat awal, peringkat pertengahan dan peringkat akhir. Zaman remaja juga
merupakan zaman yang paling mencabar dan penuh dengan dugaan.
Para remaja
kini juga berkemungkinan besar kurang didikan agama. Hal ini disebabkan oleh
media massa yang menjamu para penontonnya dengan adengan yang tidak sepatutnya.
Malah, akhir-akhir ini, penerbit filem tempatan sudah berani menghasilkan filem
yang tidak bermoral. Kenyataan ini ada asanya kerana akhbar tempatan tueut
melaporkan bahawa filem tempatan lebih murah dengan adengan rajang. Yang lebih
memalukan lagi para pelakonnya terdiri daripada artis tempatan yang beragama
Islam. Hal ini ditambah pula oleh kebanyakan remaja kini yang menjadikan artis
sebagai idola mereka.
Seterusnya
,kemunculan teknologi moden, termasuklah permainan, telefon pintar dan
bermacam- macam lagi peranti mewah,merupakan faktor dominan remaja melakukan
jenayah juvenil. Hal ini dikatakan demikian kerana peranti canggih inin telah
mendominasi pemikiran remaja. Mereka akan menjadi lebih agresif untuk melakukan
perbuatan juvenil, seperti membuli dan mencuri, malah ada yang sanggup membunuh
kerana pengaruh yang kuat ketika penggunaan teknologi ini.
No comments:
Post a Comment