Wednesday, 8 October 2014

DASAR EKONOMI BARU



Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan pada tahun 1970, terutama sebagai reaksi kepada peristiwa 13 Mei 1969. Dasar ini dilaksanakan antara tempoh 1971 hingga 1990 sebagai satu rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara dalam masyarakat berbilang kaum. DEB ditubuhkan untuk mengatasi pelabagai masalah
Antara masalah tersebut ialah :
  • Jurang sosioekonomi antara Bumiputeta dengan bukan Bumiputera
  • Jurang sosioekonomi antara desa dengan bandar.
  • Jurang sosioekonomi antara negeri di panati barat dengan pantai timur
  • Jurang sosioekonomi antara negeri di Semenanjung Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak.
Tindakan dan pelaksanaan perlu dilakukan dengan segera untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Antaranya :
  • Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
  • Menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
  • Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan masayarakat .
  • Mengadakan suasana pekerjaan yang mengabungkan pelbagai kaum.
  • Memperbaik taraf dan kualiti hidup rakyat dalam pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan, infrastruktur dan lain-lain.
DEB berjaya mengubah hampir keseluruhan sistem sosial masyarakat majmuk di Malaysia. DEB berjaya menjalankan strategi dalam menghadapi rialiti ‘perbezaan etnik’ dan dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan. Tidak dinafikan hasilnya adalah positif dan dasar ini berjaya mencapai perpaduan nasional melalui falsafahnya, iaitu ‘Pembangunan Dengan Pengagihan Saksama’.

No comments:

Post a Comment