Wednesday, 8 October 2014

DASAR WAWASAN NEGARA (DWN)


Dasar Wawasan Negara dengan tema utama, iaitu ‘Meningkatkan keutuhan dan daya saing negara’. Dimensi baharu yang diperkenalakan dalam DWN adalah seperti berikut :
  • Menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui pengukuhan.
  • Pelaburan dalam negeri dan pembangunan keupayaan tempatan di samping penarikan
  •  Membangunkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan.
  • Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik melalui penerapan pengetahuan yang lebih tinggi.

Teras Utama DWN
a.       Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, mendidik kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi.
b.       Menggalakkan pewujudan masayarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan dalam kalangan dan dalam kumpulan etnik serta wilayah..
c.       Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuh sumber pertumbuhan, institutsi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro
d.       Mempertingkatkan daya saing untuk mengahadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.
e.       Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran bangsa.
f.        Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan.
Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang.

1 comment: