Wednesday, 8 October 2014

KESIMPULAN



Tegasnya, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif yang sangat bersungguh-sungguh untuk mengangkat ekonomi negara ke tahap yang paling maksima.Biarpun begitu,kerajaan juga sangat mengambil kira kesan jangka pendek dan panjang terhadap sesuatu pelaksanaan dasar pembangunan tersebut.Semua dasar pembangunan yang digubal oleh kerajaan merupakan satu garis panduan yang amat penting dalam membentuk sahsiah peribadi manusia dalam negara dan juga menjamin perpaduan sekaligus keharmnian rakyat.
Dasar-dasar ini digubal supaya setiap pihak mendapat layanan yang saksama, menitikberatkan nilai kemanusiaan, bertolak ansur sesame kaum dan jantina, malahan meletakkan negara dengan satu identit yang tersendiri di mata dunia.Walau bagaimanapun, keberkesanannya amat bergantung kepada penghayatan rakyat negara terhadap setiap dasar yang digubal tersebu.
Sesungguhnya peranan belia memainkan peranan penting dalam aspek pembangunan negara amat luas sekali. Ciri-ciri  belia memang amat penting dalam pencapaian program yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, iaitu Satu Malaysia, dan seterusnya merealisasikan Wawasan 2020.Ini kerana, belia perlu mengetahui segala dasar kerajaan bagi membentuk generasi yang berminda kelas pertama dan bersam membantu kerajaan mencapai agenda pembangunan negara.
Tambahan pula, belia perlu mendukung keazaman yang kuat yang membolehkam mereka menewaskan segala kesusahan yang dihadapi.Melalui ilmu perancangan ekonomi negara, generasi belia akan lebih prihatin dan melihat manakah perancangan negara yang berjaya dan menakah yang kurang Berjaya sebagai panduan.

1 comment:

  1. Halalkan ilmu yg saya dpt drpd page tuan.. semoga tuan berjaya dunia akhirat.. In Shaa Allah, dengan izin-Nya.. :)

    ReplyDelete