Tegasnya,
kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif yang sangat bersungguh-sungguh
untuk mengangkat ekonomi negara ke tahap yang paling maksima.Biarpun
begitu,kerajaan juga sangat mengambil kira kesan jangka pendek dan panjang
terhadap sesuatu pelaksanaan dasar pembangunan tersebut.Semua dasar pembangunan
yang digubal oleh kerajaan merupakan satu garis panduan yang amat penting dalam
membentuk sahsiah peribadi manusia dalam negara dan juga menjamin perpaduan
sekaligus keharmnian rakyat.
Dasar-dasar
ini digubal supaya setiap pihak mendapat layanan yang saksama, menitikberatkan
nilai kemanusiaan, bertolak ansur sesame kaum dan jantina, malahan meletakkan
negara dengan satu identit yang tersendiri di mata dunia.Walau bagaimanapun,
keberkesanannya amat bergantung kepada penghayatan rakyat negara terhadap
setiap dasar yang digubal tersebu.
Sesungguhnya
peranan belia memainkan peranan penting dalam aspek pembangunan negara amat
luas sekali. Ciri-ciri belia memang amat
penting dalam pencapaian program yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, iaitu
Satu Malaysia, dan seterusnya merealisasikan Wawasan 2020.Ini kerana, belia
perlu mengetahui segala dasar kerajaan bagi membentuk generasi yang berminda
kelas pertama dan bersam membantu kerajaan mencapai agenda pembangunan negara.
Tambahan
pula, belia perlu mendukung keazaman yang kuat yang membolehkam mereka
menewaskan segala kesusahan yang dihadapi.Melalui ilmu perancangan ekonomi
negara, generasi belia akan lebih prihatin dan melihat manakah perancangan
negara yang berjaya dan menakah yang kurang Berjaya sebagai panduan.
Halalkan ilmu yg saya dpt drpd page tuan.. semoga tuan berjaya dunia akhirat.. In Shaa Allah, dengan izin-Nya.. :)
ReplyDelete