Wednesday, 8 October 2014

PERANAN REMAJA DALAM MEMBANGUNKAN EKONOMI NEGARA


Perkembangan globalisasi yang semakin pesat telah menjadi suatu fenomena penting yang boleh mendekatkan dunia melalui perdagangan yang luas, liberalisasi pasaran dan teknologi komunikasi maklumat. Ini telah menjurus kepada pembangunan ekonomi bagi sesebuah negara. Pembangunan ekonomi adalah suatu proses kenaikan jumlah pendapatan dan pendapatan per kapita dengan menjumlahkan pertambahan penduduk dan dengan perubahan asas dalam struktur ekonomi suatu negara.Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang terdiri daripada dua faktor iaitu ekonomi dan faktor bukan ekonomi.

Faktor ekonomi adalah faktor yang boleh mempengaruhi pertumbuhan dan pembangunan ekonomi seperti sumber alam, sumber manusia, sumber modal dan keahlian atau keusahawanan. Pembangunan berasal dari perkataan ‘bangun’ iaitu bererti bangkit atau berubah kedudukan ataupun berlakunya transformasi. Proses transformasi ini melibatkan individu ataupun masyarakat secara progresif. Perkataan transformasi ini juga merujuk kepada manusia dan perubahan yang dialaminya secara berperingkat-peringkat ke arah kemajuan. Ekonomi merupakan sesuatu proses pembangunan yang amat penting bagi menjana keuntungan sesebuah negara. Status kemajuan dan kemunduran sesebuah negara adalah bergantung kepada kepesatan ekonomi bagi sesebuah negara tersebut. Belia memainkan peranan yang besar dalam aktiviti ekonomi dunia dan sesebuah negara melalui peranannya yang produktif dan reproduktif. Penglibatan golongan belia dalam ekonomi telah meningkat malahan mereka juga memainkan peranan mereka terhadap keperluan ekonomi negara. Dalam memastikan pembangunan berjalan dengan lancar, maka peranan belia tidak boleh diketepikan. Sumbangan golongan belia dari pelbagai aspek kehidupan seperti ekonomi dan pembangunan dikebanyakan negara-negara di dunia begitu dominan sekali. Hal ini kerana belia kini sudah sedar bahawa mereka adalah bakal menjadi pemimpin pada masa depan dan mereka seharusnya peka dengan pembangunan ekonomi negara serta terus meningkatkan keadaan ekonomi negara. Menurut Y.B. Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah (2000), “Pembangunan ekonomi dan teknologi perlu seimbang dengan pembangunan rohaniah dan moral yang tinggi di kalangan belia dan belia wanis kita. Dengan cara ini, golongan belia tidak terus dibelenggu dengan masalah-masalah sosial yang sentiasa wujud mengikuti peredaran zaman. Belia perlulah berusaha sedaya upaya dengan mengadakan program-program bercorak keilmuan dan kerohanian bagi membantu golongan remaja dari terus terjebak dalam gejala sosial. Belia merupakan pembangunan ekonomi. Masa depan negara bergantung kepada golongan belia”. Menurut Iskandar Shah Mohamed dalam artikel Harian Metro yang bertajuk ’Insentif RM100’ yang menyatakan bahawa ’ seramai 50,000 orang pelajar IPTA
telah menerima insentif sebanyak RM 100 dalam bentuk saham iaitu Amanah saham 1Malaysia sebanyak 100 unit. Sumbangan ini diberikan oleh Permodalan Nasional Berhad dan dan ejen Amanah Saham Nasional Berhad. Sumbangan ini diberikan kepada pelajar IPTA juga sebagai golongan belia kerana tidak mahu melupakan kepentingan golongan ini dalam membina dan menjana bangsa dan ekonomi akan datang kerana golongan ini juga sebagai pewaris kepada pembangunan ekonomi di masa hadapan’

Pem
bangunan ekonomi ditekankan kepada belia bagi mewujudkan belia yang bertanggungjawab, berdikari serta berupaya menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara. Menurut Wan Noriza Meor Idris dalam artikel Harian Metro yang bertajuk ’ Latih 670 siswazah’ yang menyatakan bahawa ’ Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah meluluskan 670 permohonan bagi Program Siswazah Perintis PUNB. Program ini selari dengan sasaran kerajaan melalui Teras Pertama Pakej Rangsangan Ekonomi untuk melatih sehingga 2,000 perintis menjelang 2010. Program ini dijalankan adalah untuk membangunkan ekonomi dan mengurangkan pengangguran di kalangan belia. Program ini memberi peluang kepada siswazah iaitu golongan belia membangunkan ekonomi mereka menerusi keusahawanan’.

Oleh itu, terdapat banyak program pembangunan ekonomi yang boleh belia sertai disamping menjana pertumbuhan ekonomi negara. Hal ini juga menggalakan belia mengetahui peredaran ekonomi negara serta mengetahui cara untuk mengekalkan kestabilan ekonomi negara daripada jatuh sepertimana yang telah berlaku pada tahun 1997 dan 2008. Oleh itu, belia perlulah mempelajari asas-asas mengenai polisi ekonomi negara serta sentiasa peka dengan keadaan pertumbuhan ekonomi negara supaya tidak ditindas oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Oleh yang demikian itu, kerajaan perlulah mempertingkatkan lagi aktiviti-aktiviti dan program-program yang yang melibatkan penyertaan belia yang mugkin terdiri daripada pelbagai bangsa dan jantina. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mangsor Saad (2009), ”Penglibatan wanita dan belia perlu dipertingkatkan bagi memastikan pergerakan koperasi menyumbang secara berkesan terhadap pembangunan ekonomi. Kini memang banyak golongan wanita yang menjadi usahawan dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi. Penglibatan ramai pihak diperlukan bagi mengukuhkan ekonomi negara. Oleh itu, kerajaan perlulah memperkukuhkan kapasiti pengurusan dan hubungan perniagaan yang adil agar koperasi dapat berfungsi dengan lebih aktif lagi”.

Terdapat satu satu pertubuhan yang diasaskan sempena mengalakan belia terlibat dengan pembangunan ekonomi negara samada secara langsung atau tidak langsung. Pertubuhan ini ialah Majlis Penggalakan Ekonomi Belia atau MPEB yang dianggotai oleh enam kementerian (Kementerian Belia dan Sukan, kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Pengajian Tinggi) dan organisasi swasta. Pertubuhan ini berfungsi sebagai badan penyelarasan program pembangunan ekonomi belia dan pada masa yang sama ia turut menyokong Dasar Pembangunan Belia Negara Dan Wawasan 2020 untuk meningkatkan peluang-peluang kepada belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan ekonomi secara menyeluruh. MPEB telah melancarkan satu skim kepada belia-belia di negara ini iaitu Skim Tabung Ekonomi Belia atau STEB yang terdiri daripada Skim Belia Niaga (SBN) dan Skim Belia Tani (SBT). SBN memfokuskan kepada sektor perkhidmatan, pembuatan dan francais dan institusi kewangan yang dilantik adalah Bank Negara Malaysia (BNM) manakala SBT pula memfokuskan kepada sektor pengeluaran tanaman jangka pendek, ternakan haiwan, perikanan, industri asas tani dan perkhidmatan tani dan institusi kewangan yang dilantik adalah Bank Pertanian Malaysia. Tujuan skim ini diadakan untuk membantu para belia dengan memberi sejumlah wang pinjamam untuk memulakan perniagaan seperti membeli peralatan dan kelengkapan perniagaan, pengubahsuaian premis, modal kerja dan sebagainya.
Antara akitiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Majlis Penggalakan Ekonomi Belia atau MPEB sepanjang tahun ini untu melibatkan belia dalam pembangunan ekonomi adalah seperti Kursus Asas Perniagaan, Program Bimbingan Usahawan Baru, Penajaan Latihan Usahawan Belia, Seminar Peluang Niaga Tani, Kursus Teknikal Belia Tani, Bengkel TOT Pegawai Pembangunan ekonomi, Bengkel Pegawai Pembangunan Ekonomi, Bengkel Kaunseling dan penguatkuasaan, Bengkel Penerokaan Pasaran, Bengkel Penerokaan Pasaran, Bengkel Pengurusan Akaun, Mesyuarat Jawatankuasa Majis Penggalakan Ekonomi Belia (MPEB) dan Penajaan Promosi Produk Belia. Selain itu, matlamat perpaduan dan keharmonian hidup antara kaum adalah penting bagi menjamin kestabilan dan pembangunan sosial, politik dan ekonomi. Prasyarat kepada perpaduan kaum ini ialah keadilan sosial dan ekonomi. Keadilan dan kecekapan ekonomi tidak akan tercapai di bawah sistem kapitalis yang bergantung kuat kepada kuasa pasaran selagi persaingan dalam pasaran berlebihan dengan kuasa tawar-menawar yang tidak seimbang. Pasaran hanya akan membawa kepada kecekapan dan keadilan jika terdapat unsur kerjasama, etika dan kuasa tawar menawar yang lebih seimbang

2 comments: